Friday, May 6, 2016

Operation Tonsil

Untuk kali keduanya tahun 2016 ni mama operation dalam mulut...kalau sebelum ni operate buang gigi bongsu..kali ni operate untuk buang TONSIL. Sebetul2nya sakit tonsil ni lepas kahwin rasanya..sebab masa bujang2 dulu xde pulak sakit. Bukan apa, bila datang demam tonsil....dia punya gigil...xleh nak bayang la. Tu belum dia menangkap sendi2 lagi..senang cite..memang sakit.

So, selepas buat beberapa susulan dengan ENT Hospital Serdang, doc decide untuk remove tonsil ana. Kalau sebelum ni sebelah je..p sebelum operate tu leh lak bengkak dua2 kanan n kiri. Seksa sangat2. Ikut doktor, dia kata tonsil ana x teruk..baru stage 2 katanya..sebab ada lagi teruk..p ana ambik keputusan untuk buang..sebab da xtahan asik CUTI SAKIT je. Lebih 3x kot demam dalam setahun..sapa sanggup? So dari menahan sakit..simpan pun xde gunanya...so tu yang decide untuk buang.


Prosedur pertama sebelum operate, macam biasa kena lapor diri...then, jangan lupa bawak GL bagi yang berkenaan. Nak arapkan print online GL dari HRMIS memang lambat la..so better mintak siap2 kat Jabatan korang sebelum korang admit ok. Untuk op kali ni, ana kena bermalam 3hr 2 malam kat hospital..memandangkan kena abiskan antibiotik 3 hari..then doc tengok keadaan..lau ok, baru boleh balik.


Pas da masuk wad...macam biasa, jumpa doktor bius. So dia akan terangkan serba sedikit pasal operate esok..pas tu..kena la pemakaian pangkat kt tangan ni haa...nyesal den hulur belah kanan..payah gila nak gerak..huhu..korang jangan hulur tangan dominan..kang jadi macam ana..seksa nak bergerak. Sapa yang kanan..better la bg tangan kiri..macam tu jugak sebaliknya.


So, bermula la pakej percutian 3 hari 2 malam di sini...huhuhu....


Kena tukar uniform..huhu...daku redho. Untuk pengetahuan korang, ana kes pertama untuk di bedah keesokkan harinya. Nasib baik la, adik den sudi menemani. Tenkiu so much Mira ^_^


Masa ni da get ready untuk tunggu nurse panggil giliran. Muka ada senyum, p dalam hati hanya tuhan je yang tahu, bertapa cuak dan takutnya masa ni..huhu


Ni plak makanan pertama yang hospital sediakan selepas pembedahan tu. Bubur yang da siap blend + sejuk tok2...pas tu, memang kena makan aiskrim vanila untuk elak luka dalam tu 'bleeding' lebih teruk. So far, ok lah..nak kata x sakit..memang tipu la..p rasanya lebih ok dari operation buang gigi bongsu awal tahun ri tu.


Muka happy boleh discharge..buat2 sihat n x sakit je ni...sebab nak cepat balik. Bosan kot dok hospital..huhuhuu..


Untuk op kali ni doktor bagi MC seminggu..pas tu kena follow up balik dengan doktor ENT.


Ni pulak bekalan ubat2an selama seminggu..diantaranya antibiotik, panadol, ubat tahan sakit...gargle...untuk kumuh. Yang peliknya doc lupa ke apa..nak bg ubat spray throat tu...untuk bagi kebas sebelum kita makan. Alhamdulillah, op berjalan dengan lancar...tanpa sebarang masalah. Luka pun rasanya dalam seminggu la yang betul2 sakit...pas tu, dapat spray throat tu...n gargle...masuk minggu kedua da ok dah...alhamdulillah..


Ni la keadaan dalam tekak selepas tonsil tu dibuang. Ana buang dua2 belah..kanan n kiri. Nampak geli kan? Tu la..kalau biar xtau la jadi apa...syukur alhamdulillah, ana da buang. Geli jangan tengok k...ni memang rare ana share. 













Thursday, January 14, 2016

Minor Operation Gigi Bongsu @ Wisdom Tooth

Assalamualaikum semua...lama x menconteng kt blog ni....da nek bersawang...hahaha. Mood x sampai2..mcm2 lah..ada je halangan.hehe....

X ada apa sangat nak share...cuma awal tahun ari tu..6 Januari 2016 x silap...buat minor operation sikit...buang gigi BONGSU..opsss....dah umur da nak masuk 32 tahun kot....hahaha.....actually nk post pasal entry ni da lama..p asik pending je....tahun ni saja dua operation kena buat..1st minor operation buang gigi bongsu...pas tu, bulan 5 kena operate lagi sekali untuk buang tonsil...haa...best x? Best x?

Ok, kita cerita dulu pasal operate gigi bongsu tu..sebenarnya..sakit da lama..sejak dr umur zaman2 diploma dulu..p tu lah..sakit dia datang dan pergi..bila sakit..baru la jumpa doktor..bila x sakit...ada ku kisah?Haa...camtu la gambaran sakit gigi bongsu ni..apa kesannya kalau kita buang? Sebenarnya..xde pape kesan pun. P xtau la kan..sejak operate ni,cam rabun lak skit..sejauh mana berkaitnya..xsure. Jangan korang kata kita cakap lak ye..rasanya memang da sampai masa kot nak rabun. Kebetulan..pas operate tu lg kabur..skit la..xde la tahap sampai korang kena meraba jalan kalau nak berjalan..haha!

Berbalik pada entry kita..merepek2 je la. Masa buat op ni..ana buat daycare je. Apa daycare ni? Mesti korang nak tahu kan? Ok, untuk daycare..korang just datang pada pagi tu..tp mlm kena puasa siap2...last makan pukul 10 malam..sebab keesokkannya korang akan dibius penuh satu badan tau..haa...tang ni memang cuak la jugak sebab ni pengalaman pertama jugak untuk ana operate melibatkan anaestesia..bius la senang cite.


Ok, ni la sedikit sebanyak keadaan wad Day Care tu..datang2 je terus g naik tingkat 4 kat Hospital Serdang..nanti dia suh g cni. And proceed dengan step seterusnya. Berdebar jangan cakap la kan..1st time nak kena bius satu badan ni..Secara keseluruhan, pembedahan ni tak ambil masa yang lama pun. Lebih kurang 1 jam lebih je..seingat mama la, masuk bilik dalam kul 10 pagi camtu...keluar sebelum kul 12 camtu. Kejap je...P sebab buat hari Jumaat, kena la melepak dulu dalam wad tu.

Pas operation je, 1st thing yang mama rasa...nak muntah. Maybe sebab effect ubat bius tu kan..nak pulak mama ni gastrik...haa...dia punye membuak2 angin menolak nak muntah tu..hanya tuhan je tahu..huhu. Dengan pening kepala...mama gagahkan diri bangun untuk ke toilet.

Confirm, memang muntah..and the best part...muntah darah. Euwww....pitam sat..haha..p korang jangan cemas..ni kesan biasa. Xada apa2 pun..jangan takut lak. Hehehe...pas tu, baru rasa haus..nak minum...apa lagi, nampak ada air kosong..mama pun minum la berteguk2. P sebab ubat bius tu masih ada..memang muntah je la memanjang.

Haa, mesti korang nak tengok camne keadaan gigi yang dibuang tu kan? Ok..mama share..jangan muntah lak yer..


Jumlah keseluruhan gigi bongsu yang dibuang..adalah sebanyak 3 batang ye adik2..nampak x meliuk2..bengkok gigi tu...nampak sangat x de ruang..p still gigi tu nak keluar. Sebatang dulu da cabut dah..manual..erkk, lagi x sanggup..so better lagi kena bius.

Lebih kurang gni la gusi yang kena jahit..lepas gigi bongsu tu dikeluarkan
(TQ Mr Google..gambar sumber : GOOGLE)

Ok, pas operate..mama nak cakap satu..memang susah gila nak makan..sebab? Kat gusi berjahit..rahang x boleh bukak mulut luas2. So, memang rasa nak nangis je..lapar, p xleh nak makan..So sepanjang benang tu x dibuka..memang seksa la nak makan. Nak jaga luka berjahit kan..kena la berkorban skit. P xpe, sakit sekali je...ku tahankan. Ingat...SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA...so redha ok.. baru sikit je ni diuji..insha allah~

Korang mesti nak tahu kan..apa la menu yg mama makan sepanjang seminggu benang tu x dibukak kan?tadaaa...ni la makanan yang mama makan..serius, berat masa ni turun banyak gak..


Roti ngan air milo je...huhuhu...jadilah buat lapik perut...p pas benang da dibukak..mama beranikan diri makan nasi n yang lain2..alhamdulillah...ok da pas tu ^_^ Jadi, bagi sesiapa yang ada masalah gigi bongsu..dan rasa takut2 nak buang tu..leh kot review blog mama ni.Kot2 korang ada semangat..hehe...Good luck uols~










Monday, February 2, 2015

Berapa purata kalsium yang diperlukan bagi seseorang individu?

OSTEMATRIX kalsium Shaklee lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang

Kalsium adalah mineral paling banyak yang diperlukan oleh tubuh kita. Berikut merupakan keperluan kalsium harian purata:

Bayi (0-6 bulan) -200mg
Bayi (7-12 bulan) -260mg
1-3 tahun -700mg
4-8 tahun -1000mg
9-18 tahun -1300mg
19-70 tahun -1000mg

Ibu hamil dan menyusu -1200mg

Tunggu apa lagi..jom grab promosi sepanjang bulan  febuari nih..sape lambat..melepas...

Whatsapp je ana 012-2404042

Promosi Bulan Febuari

Wooow....best nye bulan ni..banyak promosi!!!

√untuk anak2..
√untuk ibu hamil..
√untuk tulang yang kuat
√untuk org tua kita

Jom grab! Melepas kalau tunggu lama2...

Nk best lg..join membership shaklee..berganda2 yg uols dpt....

Nak tau lg detail?
whatsapp ana k 012-2404042 (ana)

Tuesday, September 16, 2014

Kelas blog bersama Master Puteri Ayu dan Master Alin

Assalamualaikum....semua...Syukur hari ni 16 September 2014...merupakan HARI MALAYSIA. Korang buat apa cuti2 ni? Macam ana..dengan masa yang ada ni...diisi dengan kelas blog bersama Master Shaklee..dari PAF...iaitu Master Puteri Ayu..x lupa jugak Master Alin dari group SuperMommy.

1st..kami diajar bagaimana nak add logo SID dan disclameir pada blog...hihi...nampok benor lupa weh...dah lama x belek blog! P xpe..itu bukan alasan untuk ana belajar...nama pun belajar kan..terang2 la..hahaha!

Then...after that..Kak Put minta kita masukkan E-sell untuk memudahkan pembeli untuk mendapatkan sebarang produk SHAKLEE.

Haa...jangan x tau...Leader kami yang jauh di Ruwais pun join skali tau kelas blog nih...x caya?Haa..meh belanja tengok gambar skit...


Jauh bukan alasan...see??? Jom sertai group kami....hari ni jugak!
PM/Sms/Whatsapp:012-2404042 

Wednesday, August 20, 2014

Adik kena Bronchopneumonia

Bronchopneumonia. Apa tu?




Korang tau x apa bronchopneumonia ni? Berbelit2 lidah mama nak menyebut...tapi kalau bahasa mudahnya ia adalah JANGKITAN KUMAN di dalam PARU-PARU?


Siapa yang berisiko untuk terkena jangkitan ni? Semua bayi..dan kanak-kanak adalah insan yang paling berisiko dan terdedah dengan penyakit bronchopneumonia ni..Camne pulak nak tau anak kita ada tanda-tanda bronchopneumonia? 
  • Kerap demam panas, selsema dan batuk (berkahak mahu pun tidak) no wonder anak dara mama kerap sangat dijangkiti penyakit ni..rupa2nya bronchopneumonia :(
  • Sakit dada
  • Xde selera makan...haa,tanda ni mmg ketara kalau Irdina sakit..dia ni jenis pemakan..p kalau dia sakit...memang leh detect..susu..makan apa sume xnk..
  • Pernafasan jadi laju..atau susah nak bernafas
  • Muntah @ Cirit-Birit.. p kes Irdina dia juz muntah....
Actually Irdina demam,selsema dan batuk dah lama...p memang x expect langsung mende ni akan jadi bronchopneumonia...serius x tau..sory dik ye..lau mama tau..Jumaat lepas lagi mama da bawak adik ke Hospital :(



Asalnya mama n abah nak bawak ke Klinik 1 Malaysia..tapi disebabkan lab darah tutup..kami pun  bawak lah ke Hospital Serdang..sebab itu yang terhampir dengan rumah..

Masuk2 je..daftar la cam biasa kad Kecemasan tu..sebab sangkakan demam adik x serius..



Sejam lebih jugak menunggu...baru nama adik dipanggil..cek2 suhu 39.1c terus MA tu bawak adik ke ZON KUNING...masuk2...doc terus tengok adik...doc saspek adik ada asma..xcakap banyak dah masa tu..doc kata adik kene ambik nebulizer...
 
 
Kesian anak mama....sib bek la kamu anak yang sabar...mampu menahan kesakitan yang ditanggung...


video
Ni plak video...sampai tertido2 adik amik neb...xpernah mama tengok adik selembik ni :(


Lepas neb..adik kene ambik darah..seterusnya kene masuk drip sebab badan adik terlalu panas...makan minum semua xnak...


Nampak x titisan darah tu?Darah tu tertitik masa doc nk dressing tangan adik masa ambik darah...

1st time masuk drip...



Rekod daftar masuk ke wad 5A...nampak x dorang tulis 'bronchopneumonia'



Dengan rasminya jadi penghuni Wad 5A, Hospital Serdang



Lembik betul dia...memang 1st day adik tidur je..masuk ubat antibiotik semua...memang tidur je..



Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Masuk 2nd day..baru nampak adik dah ok skit...dah nak makan...gambar ni mama snap masa lunch...adik lepas makan buah...Nenek mah ngan Atok Nizar bawak...terima kasih ziarah kami :)



Haaa...memang jenuh dok kat hospital ni...asik jadi kaunter pertanyaan je....hehe...nampak x?Penuh doktor praktikal....sempat aje kan mama ni?kui..kui..



Lepas doktor tengok kesihatan adik semakin sihat...paru2 pun dah clear...xde kuman menepek...doc suh kami naik ke wad 6D...katanya kalau dah naik wad ni..memang dah xlama la dok kt hospital ni...Syukur alhamdulillah.....



Ni la katil  7 Wad 6D tempat kami dipindahkan....comel pulak decoration dia kan... :)


Disebabkan dak tecit ni da mula aktif...memang back to normal la mulut dia..ceria mama tengok...ni dia ajak mama tengok tv kat luar..eceh2..sebenarnya mama yang nak tengok cerita Rindu awak 200%...kui2...



Day 3...alhamdulillah kesihatan adik semakin baik...dia pun dah mula makan minum macam biasa..demam pun memang dah baik...doc ada cakap semalam..lau xde pape kami boleh balik hari ni :) Gambar ni mama snap lepas adik mandi pagi...siap mintak nak pakai celak uols~



Kebetulan mama bawak laptop...sebab ada keje customer terpaksa mama siapkan...so bile keja mama dah siap....adik request nak tengok YouTube...pe lagi..layankan je lah kan...



Doktor dah bagi green light kami boleh kua 4 petang ni..abiskan antibiotik sebab nak cukupkan dos...then boleh balik....senyum lebar si kecik ni bila cakap kita dah boleh balik...Adik nak jumpa Along x? Terus dia cakap..nak...Adik rindu Along...speechless mama..sayang...



Apa2 pun mama ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Serdang yang membantu adik sepanjang berada di wad...Semoga kesihatan adik akan baik selepas ini..insha allah...kene lah abiskan ubat antibiotik tu selama 5 hari sebab nak matikan kuman yang masih berjalan2 dalam darah nun.. No need appoinment after this..kata Paed kelmarin...

So..pada parent..jangan ambil ringan k kalau anak demam..batuk dan selsema terlalu lama...budak2 antibodi x macam kita yang dewasa ni..mereka lebih terdedah pada sebarang penyakit..






















Thursday, August 14, 2014

Tayar kereta pancit @ bocor



Tukar tayar sendiri..wahai kaum hawa boleh ke??

Apa pulak kaitan TAYAR BOCOR dengan SHAKLEE?


Hehe...entry kali ni nak share pasal tayar pancit la plak..@ bocor...Korang nak tau? Tahun ni je..dua kali tayar kereta mama buat hal...sekali kat pejabat..baik punya..time mama nak balik rumah..tengok2 tayar belakang belah driver 'kempis' abis...angin langsung xde!!! Adei2..ni la kelemahan kita kan kaum HAWA...bawak je pandai..nak tukar???Adui2...pk 10x wooo.....xlarat nak tukar!



Haa..ni gambar tayar WIRA ku yang pancit nun...kalau korang nak buat pe???


Kui2....tul x?Korang pun mesti setuju dengan pe yang mama cakap...tul x?Tul x?
Pe lagi...xde orang lain la...call terus pakwe tersayang... @ suami mama ler...hihi...sori la yang....I x biasa keje berat2 ni...hik2...

Kejadian baru2 ni...Sabtu lepas...elok je mama nak kua...jadi lagi, nampak benar xbagi 
keluar kan? Hehehe...


Huhu....saje je kan?Xpelah...dok diam2....sementara mintak tolong adik ambik sebab ada urusan customer...terpaksa jugak la mintak tolong...huhuhu...



Tengah duduk2 dalam kereta...sempat la kami anak-beranak berposing...Anak-anak pun dah terjebak selfie gak....Haa...juz nak share tips...korang mesti pelik kan?

Tayar pancit2 pun leh senyum...nak tau pe rahsia mama?


Makan la B Complex..insha allah...kurang stress...hehehe....istigfar banyak2...anggap la semua Ujian ini tanda Allah sayangkan kita...iye dok?

Nak order supplement SHAKLEE...Sms/Whatsapp mama k 012-2404042 (Ana) Emel pun boleh..ni emel mama: nurulizzuwanashamsuri@gmail.com. Nak contact tru FB Page pun boleh...tinggalkan je mesej kt inbox mama...FB: Mama Amnina Online Shop