Wednesday, February 1, 2012

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur ♥♥♥♥

Mama pernah terbaca satu artikel diantara perkara yang patut dilakukan ibubapa semasa anak sedang tidur..Sebagai ibubapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak kita....


Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan 'YA LATIF' ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100x..

Seterusnya, baca Surah Al-fatihah 1x


Kemudian, baca Surah Alam Nasyrah 1x



Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.


Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak..... ♥♥♥♥




Selamat Beramal...

No comments:

Post a Comment