Tuesday, February 7, 2012

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin

Petua 1

Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.

Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal

Menyembuhkan Luka Pada Rahim

Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

Merapatkan Peranakan

Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment