Sunday, November 18, 2012

Kuih Putri Ayu (Part 2)

ehem2...kali ni mama wat lagi kuih feberet mama nih...xtau la nape,p lau org lain wat bau telor kuat sangat..mama xleh nk telan..huk2...tu REASON utama nape mama wat kuih ni sendiri...


p kali ni spoil skit la..huhu,en.suami xcakap org jual kelapa tu nk beli kelapa parut untuk wat kuih..huhu,sudahnya..gni la hasilnya..


Kuih Putri Ayu (Part 2)

So..kalau rase2 nk try buat kuih ni..leh je..ni resipi dia:

Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )

4 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil b. powder
1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
perisa pandan, perisa jagung, perisa ros - p mama gune perisa pandan (buh esen vanila kit)

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*

Cara Cara
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.

Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.

Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.

Cara Memasak:

Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

Tips: 
Penutup periuk kukus tu..balut dengan kain tau..untuk elak wap air tu menitis kt kuih..t x  cantik pulak kuih putri ayu...

No comments:

Post a Comment