Friday, December 20, 2013

Anak Anda Kurang Selera Makan?

Assalamualaikum semua...

Sekiranya anda seorang ibu, sudah tentu pernah berdepan dengan masalah anak yang sukar makan. Sudah bermacam resepi yang kita cuba..sudah banyak cara kita kreatifkan diri mencipta pelbagai bentuk dan mengolah resepi, tetapi hasilnya tetap sama. Anak tetap memandang sepi makanan yang kita masak. sedih kan? Tu lah, yang mama alami...anak mama yang sulong susah sangat nak suh dia makan...kadang2 geram..kita dah masak penat2...dia xnak makan lak..huhu....
Dan yang lebih sedih anak lebih suka makan makanan yang tidak sihat seperti jajan dan makanan segera. Sudahlah tidak ada nutrien, boleh merosakkan daya fikir pula.


Dan yang paling best, mealshakes bukan sahaja untuk anak, ibu yang mengandung dan loya-loya ketika hamil pun boleh ambil juga. Jimat dah kat situ kan. Alhamdulillah..setelah mengamalkan Meal Shakes pada Amzar...nampak dah perubahan pada selera makan dia...sekarang ni dia pulak yg request...Mama,nak nasi goreng...mama,nak makan nasi...hik2...alhamdulillah..syukur sangat2...berat pun dah bertambah...kebetulan baru pas check up kt klinik kesihatan....tgk2 graf dia naik...mama happy sangat...ni memang TESTIMONI mama sendiri...


Anda nak order untuk si manja anda? Cepat2 pm saya

Jom berSHAKLEE bersama-sama saya :))

Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1004731 ]
SMS/Whatssup :012- 240 4042 (Ana)

Tuesday, October 29, 2013

Khasiat B Complex

Tentu ramai yang tertanya2 apa khasiat B Complex ni...ok,lau kawan2 nak tau...b complex ni sangat bagus dalam membantu memberi tenaga dalam badan kita. Selain tu jugak..B Complex ni banyak khasiat..jom baca:

Berminat untuk order? SMS/Whatssup:012-240 4042 (Ana) 

Wednesday, October 23, 2013

Bersalam Dengan Bukan Mahram

Bismillahirahmannirahim...

Sebenarnya tujuan mama share entry kali ni adalah untuk berkongsi ilmu dengan kawan2...Bukan bererti mama PERFECT..apa ntah lagi nak tujukan pada sape2..cuma,memang tugas kita sesama MUSLIM..berkongsi ILMU yang baik..mudah2an menjadi PANDUAN untuk kita dalam menjalani kehidupan kita seharian..Insha Allah..

ehsan pakcik google (terima kasih)
APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?


Di dalam membicarakan hukum bersalam antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan mahram yang sudah dewasa (tetapi bukan untuk membicarakan hukum bersalaman dengan wanita yang sangat tua atau kanak-kanak perempuan yang masih kecil) maka setiap yang 'mukallaf' perlu mengambil perhatian yang sewajarnya.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah ra. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana terhadap beberapa orang perempuan:  Aisyah berkata yang bermaksud: " Demi Allah, tangan Baginda SAW tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda SAW hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari).


Hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah SAW bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah Baginda SAW dengan cara bersalaman. Dari ini membuktikan Sunnah Rasulullah SAW sekiranya berlaku kepada kita mengenai wanita yang bukan mahram menghulur tangan untuk bersalaman  atau lelaki bukan mahram menghulur tangan kepada wanita untuk bersalaman, maka jalan yang terbaik ialah kita tidak perlu menyambut untuk bersalaman tetapi hendaklah dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam tangan.


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. Berkata yang bermaksud: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)


Dalil kedua, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i).

Dari Ma'qil bin Yasaar katanya, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya)." (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bahagian daripada zina yang pasti akan menimpanya. Keduanya ialah mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya."


Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: "Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)" (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).

Kesemua dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalaman antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.


BENARKAH DI SANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?

Ada di antara kita yang bersangat-sangat hendak mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita dengan sering mengunakan hujjah logik sendiri, dengan mengunakan beberapa hadis yang menyebut nabi memberi salam kepada 'sohabiyah'. Amat malang hadis tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan ‘BUKAN BERSALAMAN’ dengan wanita. Ya, dalam Islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan ‘DIHARAMKAN’ kita bersalaman dengan wanita bukan mahram.


Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan mahram ini bahkan Rasulullah SAW sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih sekali jika kita tidak menghidupkan sunnah Nabi SAW iaitu dengan tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram.


KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?

Jawapannya ialah  tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita di hadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, sama ada tanpa bersyahwat atau tidak, atau pun untuk terselamat dari fitnah atau tidak hukumnya tetap HARAM.


Soalan yang sering di lontarkan oleh ‘pemuka sunnah yang palsu’ - Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan mahram ke tidak?! Ketahuilah oleh kamu semua bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan (bukan mahram)." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i).


Sehinggakini bagi yang mengaku ‘mukmin’ yang ‘masih mengamalkan bersalaman dengan wanita bukan mahram’ maka tinggalkanlah perbuatan itu. Janganlah hendaknya kita ‘bertasamuh’ dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki.  

KESIMPULAN

1. Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah di antara yang HALAL bukan yang haram.

2. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan yang bukan mahram itu tetap ‘HARAM’.Ingat mengingatkan adalah suatu kewajiban kita sesama Islam, sesungguhnya semua umat Islam adalah saudara kita.

Wallahua'lam.


Tuesday, October 22, 2013

Masalah jerawat di muka dan merawat dari dalaman

Tentu ramai yang pernah diselubungi masalah jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin tu, tak sah jika tidak membelek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.


Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah merebak ke serata muka. Ada yang jugak yg x nak kua rumah bila muka berjerawat. Betul tak? Tapi jerawat ini tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Jom kita baca....


Ketahui lokasi jerawat di wajah dan faktor-faktornya :



P..kawan2 jangan risau, setiap penyakit ada penawarnya. Hanya mati je  yg xde ubat. Memang sudahterbukti set skincare Shaklee mampu merawat jerawat di muka dan sekaligus mengembalikan kecerian anda dengan wajah cantik berseri-seri...

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1004731 ]
♥ SMS/Whatssup :012- 240 4042 (Ana)

Monday, October 21, 2013

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee

Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak dapatkan set bersalin/berpantang. Tak kira sama ada yang moden berbentuk kapsul, krim dan sebagainya. Terdapat dalam pelbagai jenama sama ada produk moden atau tradisional. Tidak dinafikan ada yang bagus dan ada juga yang merbahaya.

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Nurulizzuwana Shamsuri
♥ sms/whatsApp: 012-2404042
♥ Emel : nurulizzuwanashamsuri@gmail.com

Sunday, October 20, 2013

Anda Hamil? Apakah Vitamin yang Sesuai?

Cadangan vitamin untuk ibu hamil.

Boleh hubungi saya untuk mengetahu kombinasi vitamin yang bersesuaian untuk anda.

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Nurulizzuwana Shamsuri (Ana)
♥ Contact No: 012- 240 4042

♥ Emel : nurulizzuwanashamsuri@gmail.com
♥ Fb: 
https://www.facebook.com/mamaamninaonlineshop

Saturday, October 19, 2013

Rahsia Kekal Slim Walaupun Masih Menyusukan Bayi

Diet dengan berlapar pun adalah sangat tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu kerana nutrisi yang mencukupi sangat penting untuk membekalkan susu yang berkhasiat kepada bayi. Malah susu pun boleh merudum jika ibu kurang makan, dan ibu pun mungkin boleh pitam jika penat sepanjang hari menyusu dan mengepam susu tanpa makan yang cukup.



Apa vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi?.. SELAMAT, SESUAI UNTUK IBU MENYUSU, SUSU TIDAK MERUDUM dan BAYI TIDAK CIRIT BIRIT!!! Paling penting, bukan semata2 KURUS...p,KULIT pun makin CANTIK..susu pun insha Allah,dengan demand yang tinggi dari baby..usaha dari si ibu..insha allah akan membuahkan HASIL yg sangat LUMAYAN!!

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Nurulizzuwana Shamsuri (Ana)
♥ Contact No 012- 240 4042
♥ Emel : nurulizzuwanashamsuri@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/mamaamninaonlineshop jemput klik LIKE page fb ini :)

Friday, October 18, 2013

Merawat Migrain dengan Shaklee

Apa itu MIGRAIN?

Migrain berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migrain diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

a) Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migraine 

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Apakah punca MIGRAINE?
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheesenitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain : 

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

GLA Complex
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon dan menganggu kitaran haid kita. 

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Hubungi:

Nurulizzuwana Shamsuri - Ana (ID : 1004731)
nurulizzuwanashamsuri@gmail.com


Tuesday, September 10, 2013

Set untuk Pengidap DIABETES a.k.a KENCING MANIS


Anda menghidap DIABETES??? Bukan golongan tua saja saja menghidap penyakit ni, golongan muda pun ada masalah ni..tapi, jangan gundah gulana..SHAKLEE ada memperkenalkan set khas ini untuk sesiapa yang menghidapi diabetes ni..


Untuk keterangan lanjut boleh terus pm/whatsapp mama.


Monday, September 9, 2013

Set Kulit Cantik

Haa...mesti kawan2 teruja kan nak tau...pe la yang mama nak share kali ni?

Ok..tuk kali ni..mama nak share Set Kecantikan Kulit khas dari SHAKLEE..


Set ni terdiri dari 3, iaitu :
1.) Vitamin C : Penting untuk pengikatan kolagen...korang pun, mesti tau kan 
pe pentingnya kolagen ni..hihihi



2.) B Kompleks : B untuk "beauty", membantu menaikkan seri muka, 
membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria


3.)Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, 
mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, 
menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf




Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak 
yang setiap hari, insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. Air memang 
sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat 
penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan.




Untuk tahu lebih mendalam...jangan segan silu...SMS,WHATSUP,WECHAT 
0122404042 (Ana) 

Thursday, September 5, 2013

Set Sinus,Resdung dan Alergi

Ok,korang mesti stress kan..asal pagi je bersin..asal tempat berhabuk je bersin..sejuk skit..mula la hidung srok..srek..srok..srek....Mama ada jalan penyelesaiannya..sebab? MAMA pun ana masalah ni..huhuhu...kecian tau..P mama xrisau dah..sejak mama amalkan set nih...

So, pada yang berminat nak CUBA set ni..jangan segan silu PM/WHATSUP/WECHAT : 0122404042 (Ana) SID: 1004731

Wednesday, August 21, 2013

Sama-sama kita beringat....

Hari ni dah masuk 21/8/2013...kejap je dah hari Rabu..masa sekarang memang pantas. Pejam celik..pejam celik...je.Sampai2 je opis..mmg kebiasaan mama..akan jenguk2 FB dulu...dalam menjenguk...tiba2 tertarik dengan poster yang kawan mama share di wall.

(Terima kasih pada tuan punya gambar..saya mohon share ye)

Terpaku sejenak pabila membacanya. Walaupun kedua ibubapa mama masih hidup..alhamdulillah..sihat walafiat...tapi mama kene jadikan ini sebagai PERINGATAN..mudah2an tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab padaNya...amin2..ya rabbal alamin~

Thursday, August 15, 2013

Shaklee Independent Distributor

Alhamdulillah..setelah sekian lama mama menggunakan Shaklee..akhirnya baru terbuka hati nak join..bukan apa,produk Shaklee memang bagus..diakui..mama memang guna..nak2 set breastfeeding...lau lenguh2 badan,makan la Ostematrix tuh..confirm,bangun esk pagi..hilang rase sakit lenguh...x tipu punya...memang mama makan..tu yang berani suggest.. ^_^


So,lau mommies2 dluar sana yang nak try produk Shaklee..jangan segan silu untuk roger mama...mama kini merupakan merupakan pengedar sah Shaklee..kpd kawan2 yg berminat dgn supplement utk kesihatan,boleh hubungi mama. Shaklee ID: 1004731 boleh dihubungi melalui-->sms/whatssup/we chat:012-2404042, email:nurulizzuwanashamsuri@gmail.com dan FB: Ana Shamsuri 




Tuesday, January 1, 2013

Pembuka Entry bagi Tahun 2013

Alhamdulillah..syukur pada Illahi..kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumimu ini...Kejap je rase,dah masuk 2013..mama pun da ada dua orang anak..alhamdulillah,wat mase ni..mereka tengah membesar..banyak akal...hmmm,dengan erti kata lain...biijaaaaaaaaak sangat.hehhehehe..nada geram...kadang2 hilang juga kesabaran mama ni dalam nak mendidik. P,xpe...sabar je lah kan..cam tu lah mak2 kita besarkan kita dulu..tul x?


Isk2,pe mende la mama merepek nih..actually bukan pe..mama memang da menjadi kebiasaan..xpernah nak sambut2 tahun baru nih..paling2 pun husband mama..a.k.a en.suami ajak balik kuala lipis..nun.so,cam bese la kan??? Cuti hujung tahun ni kami sekeluarga amik kesempatan la tuk spend time kat kampung. Jenguk2 mak mentua..sedare2 kat kampung nun..

Dak2 tu pun suke lah..dapat tengok ayam..hahaha,al-maklumlah..kat bando xde ayam..so bile balik kampung..mule lah...ahaha...layankan aje...dak2 kan??? So,sebelum gerak ke kampung..kami singgah dulu kat Shell Taming..isi minyak kereta..sementara abah isi minyak..mama anak banak berposing2 dalam kereta la..pe laie..ehehe..

 kitorang ni memang suke bergambor..hehehe

 time ni lau xsilap,da sampai kat area highway Karak...

 sambil2 tu..kita mamam dulu..tuk hilangkan ngantok...hahaha

 Anak mama yang sulong ni lena sudah...tengoklah,tadi dia mintak susu..alih2 xminum pun...

 sementara along lena..adik sambung posing laie...hehhee..ngikot sape la dak nih????
So,kitorang sampai kat Padang Tengku dalam kui 2 lebih lau xsilap...then..rehat2...sambung lak next entry..hehhe...perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Tengku lebih kurang 3 jam je...

 Haa...ni la aktiviti petang si along...ngadap Upin Ipin..xkire kat mane2...mesti hadap..


Keesokkan harinya plak...mama anak-beranak berjalan2 di bando Kuala Lipis..ye la..Isnin mama cuti..ingatkan ok la nak jalan2...


 Muka adik baru bangun tto...ahaha...

 ehem2....cik suami kita ni memang jarang interframe...haa..tu lah dia..ngah tepon kakak dia..sebab pagi tu kak Nor, Abg Nazri dgn mak mentua wat ic baru kat JPN..

 We all benti jap kat tepi Medan Selera kat bandar..



 Jem gile tau x..ni kat roundabout Lipis...tengok kereta kat depan kitorang..bersusun2...da macam kat KL je raser..