Wednesday, August 20, 2014

Adik kena Bronchopneumonia

Bronchopneumonia. Apa tu?




Korang tau x apa bronchopneumonia ni? Berbelit2 lidah mama nak menyebut...tapi kalau bahasa mudahnya ia adalah JANGKITAN KUMAN di dalam PARU-PARU?


Siapa yang berisiko untuk terkena jangkitan ni? Semua bayi..dan kanak-kanak adalah insan yang paling berisiko dan terdedah dengan penyakit bronchopneumonia ni..Camne pulak nak tau anak kita ada tanda-tanda bronchopneumonia? 
  • Kerap demam panas, selsema dan batuk (berkahak mahu pun tidak) no wonder anak dara mama kerap sangat dijangkiti penyakit ni..rupa2nya bronchopneumonia :(
  • Sakit dada
  • Xde selera makan...haa,tanda ni mmg ketara kalau Irdina sakit..dia ni jenis pemakan..p kalau dia sakit...memang leh detect..susu..makan apa sume xnk..
  • Pernafasan jadi laju..atau susah nak bernafas
  • Muntah @ Cirit-Birit.. p kes Irdina dia juz muntah....
Actually Irdina demam,selsema dan batuk dah lama...p memang x expect langsung mende ni akan jadi bronchopneumonia...serius x tau..sory dik ye..lau mama tau..Jumaat lepas lagi mama da bawak adik ke Hospital :(



Asalnya mama n abah nak bawak ke Klinik 1 Malaysia..tapi disebabkan lab darah tutup..kami pun  bawak lah ke Hospital Serdang..sebab itu yang terhampir dengan rumah..

Masuk2 je..daftar la cam biasa kad Kecemasan tu..sebab sangkakan demam adik x serius..



Sejam lebih jugak menunggu...baru nama adik dipanggil..cek2 suhu 39.1c terus MA tu bawak adik ke ZON KUNING...masuk2...doc terus tengok adik...doc saspek adik ada asma..xcakap banyak dah masa tu..doc kata adik kene ambik nebulizer...
 
 
Kesian anak mama....sib bek la kamu anak yang sabar...mampu menahan kesakitan yang ditanggung...


Ni plak video...sampai tertido2 adik amik neb...xpernah mama tengok adik selembik ni :(


Lepas neb..adik kene ambik darah..seterusnya kene masuk drip sebab badan adik terlalu panas...makan minum semua xnak...


Nampak x titisan darah tu?Darah tu tertitik masa doc nk dressing tangan adik masa ambik darah...

1st time masuk drip...



Rekod daftar masuk ke wad 5A...nampak x dorang tulis 'bronchopneumonia'



Dengan rasminya jadi penghuni Wad 5A, Hospital Serdang



Lembik betul dia...memang 1st day adik tidur je..masuk ubat antibiotik semua...memang tidur je..



Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Masuk 2nd day..baru nampak adik dah ok skit...dah nak makan...gambar ni mama snap masa lunch...adik lepas makan buah...Nenek mah ngan Atok Nizar bawak...terima kasih ziarah kami :)



Haaa...memang jenuh dok kat hospital ni...asik jadi kaunter pertanyaan je....hehe...nampak x?Penuh doktor praktikal....sempat aje kan mama ni?kui..kui..



Lepas doktor tengok kesihatan adik semakin sihat...paru2 pun dah clear...xde kuman menepek...doc suh kami naik ke wad 6D...katanya kalau dah naik wad ni..memang dah xlama la dok kt hospital ni...Syukur alhamdulillah.....



Ni la katil  7 Wad 6D tempat kami dipindahkan....comel pulak decoration dia kan... :)


Disebabkan dak tecit ni da mula aktif...memang back to normal la mulut dia..ceria mama tengok...ni dia ajak mama tengok tv kat luar..eceh2..sebenarnya mama yang nak tengok cerita Rindu awak 200%...kui2...



Day 3...alhamdulillah kesihatan adik semakin baik...dia pun dah mula makan minum macam biasa..demam pun memang dah baik...doc ada cakap semalam..lau xde pape kami boleh balik hari ni :) Gambar ni mama snap lepas adik mandi pagi...siap mintak nak pakai celak uols~



Kebetulan mama bawak laptop...sebab ada keje customer terpaksa mama siapkan...so bile keja mama dah siap....adik request nak tengok YouTube...pe lagi..layankan je lah kan...



Doktor dah bagi green light kami boleh kua 4 petang ni..abiskan antibiotik sebab nak cukupkan dos...then boleh balik....senyum lebar si kecik ni bila cakap kita dah boleh balik...Adik nak jumpa Along x? Terus dia cakap..nak...Adik rindu Along...speechless mama..sayang...



Apa2 pun mama ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Serdang yang membantu adik sepanjang berada di wad...Semoga kesihatan adik akan baik selepas ini..insha allah...kene lah abiskan ubat antibiotik tu selama 5 hari sebab nak matikan kuman yang masih berjalan2 dalam darah nun.. No need appoinment after this..kata Paed kelmarin...

So..pada parent..jangan ambil ringan k kalau anak demam..batuk dan selsema terlalu lama...budak2 antibodi x macam kita yang dewasa ni..mereka lebih terdedah pada sebarang penyakit..






















Thursday, August 14, 2014

Tayar kereta pancit @ bocor



Tukar tayar sendiri..wahai kaum hawa boleh ke??

Apa pulak kaitan TAYAR BOCOR dengan SHAKLEE?


Hehe...entry kali ni nak share pasal tayar pancit la plak..@ bocor...Korang nak tau? Tahun ni je..dua kali tayar kereta mama buat hal...sekali kat pejabat..baik punya..time mama nak balik rumah..tengok2 tayar belakang belah driver 'kempis' abis...angin langsung xde!!! Adei2..ni la kelemahan kita kan kaum HAWA...bawak je pandai..nak tukar???Adui2...pk 10x wooo.....xlarat nak tukar!



Haa..ni gambar tayar WIRA ku yang pancit nun...kalau korang nak buat pe???


Kui2....tul x?Korang pun mesti setuju dengan pe yang mama cakap...tul x?Tul x?
Pe lagi...xde orang lain la...call terus pakwe tersayang... @ suami mama ler...hihi...sori la yang....I x biasa keje berat2 ni...hik2...

Kejadian baru2 ni...Sabtu lepas...elok je mama nak kua...jadi lagi, nampak benar xbagi 
keluar kan? Hehehe...


Huhu....saje je kan?Xpelah...dok diam2....sementara mintak tolong adik ambik sebab ada urusan customer...terpaksa jugak la mintak tolong...huhuhu...



Tengah duduk2 dalam kereta...sempat la kami anak-beranak berposing...Anak-anak pun dah terjebak selfie gak....Haa...juz nak share tips...korang mesti pelik kan?

Tayar pancit2 pun leh senyum...nak tau pe rahsia mama?


Makan la B Complex..insha allah...kurang stress...hehehe....istigfar banyak2...anggap la semua Ujian ini tanda Allah sayangkan kita...iye dok?

Nak order supplement SHAKLEE...Sms/Whatsapp mama k 012-2404042 (Ana) Emel pun boleh..ni emel mama: nurulizzuwanashamsuri@gmail.com. Nak contact tru FB Page pun boleh...tinggalkan je mesej kt inbox mama...FB: Mama Amnina Online Shop












Wednesday, August 13, 2014

Raya 2014 turn beraya di Johor

Raya di kampung halaman...rindunya!!



Alhamdulillah..rasanya x terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua kan..Tahun ni..turn beraya di Johor..yeehaa..suke2..lama x balik Johor..lama x jumpa nenek..atok..rindu sangat!!
Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan semua...macam2 cerita..suka duka balik kampung kali ni..



Yang penting..hubungan sirratulrahim sesama kita x terputus...kan..kan??
Kami bertolak balik pagi Raya selepas selesai solat Aidilfitri..Then..bersalam2..dengan suami tercinta...cewah2..bajet dapat duit raya..xde la plak..kui2..Salam dengan mak..abah..adik2....


Camtu lah..kan..mesti korang pun sama..pape pun mama menyusun  sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap sepanjang berkenalan..tanpa sedar ada kata2 yang membuat kalian sakit hati dan sebagainya..Mohon maaf dipinta..

Meh belanja skit gambar2 masa raya hari tu.. :)

Haa...jangan gelakkan mama ek....hihihi....xde orang nak melayan amik gambar..sib bek ada adik2...:)


Ni lak gambar si kecik...nampak x?Kalau bab2 selfie ni...mmg dia ke depan dulu....siap tekan sendiri okeh kt hp...selftimer...ayayaai...ikut sapo la tu eh????kuikuikui...