Friday, May 6, 2016

Operation Tonsil

Untuk kali keduanya tahun 2016 ni mama operation dalam mulut...kalau sebelum ni operate buang gigi bongsu..kali ni operate untuk buang TONSIL. Sebetul2nya sakit tonsil ni lepas kahwin rasanya..sebab masa bujang2 dulu xde pulak sakit. Bukan apa, bila datang demam tonsil....dia punya gigil...xleh nak bayang la. Tu belum dia menangkap sendi2 lagi..senang cite..memang sakit.

So, selepas buat beberapa susulan dengan ENT Hospital Serdang, doc decide untuk remove tonsil ana. Kalau sebelum ni sebelah je..p sebelum operate tu leh lak bengkak dua2 kanan n kiri. Seksa sangat2. Ikut doktor, dia kata tonsil ana x teruk..baru stage 2 katanya..sebab ada lagi teruk..p ana ambik keputusan untuk buang..sebab da xtahan asik CUTI SAKIT je. Lebih 3x kot demam dalam setahun..sapa sanggup? So dari menahan sakit..simpan pun xde gunanya...so tu yang decide untuk buang.


Prosedur pertama sebelum operate, macam biasa kena lapor diri...then, jangan lupa bawak GL bagi yang berkenaan. Nak arapkan print online GL dari HRMIS memang lambat la..so better mintak siap2 kat Jabatan korang sebelum korang admit ok. Untuk op kali ni, ana kena bermalam 3hr 2 malam kat hospital..memandangkan kena abiskan antibiotik 3 hari..then doc tengok keadaan..lau ok, baru boleh balik.


Pas da masuk wad...macam biasa, jumpa doktor bius. So dia akan terangkan serba sedikit pasal operate esok..pas tu..kena la pemakaian pangkat kt tangan ni haa...nyesal den hulur belah kanan..payah gila nak gerak..huhu..korang jangan hulur tangan dominan..kang jadi macam ana..seksa nak bergerak. Sapa yang kanan..better la bg tangan kiri..macam tu jugak sebaliknya.


So, bermula la pakej percutian 3 hari 2 malam di sini...huhuhu....


Kena tukar uniform..huhu...daku redho. Untuk pengetahuan korang, ana kes pertama untuk di bedah keesokkan harinya. Nasib baik la, adik den sudi menemani. Tenkiu so much Mira ^_^


Masa ni da get ready untuk tunggu nurse panggil giliran. Muka ada senyum, p dalam hati hanya tuhan je yang tahu, bertapa cuak dan takutnya masa ni..huhu


Ni plak makanan pertama yang hospital sediakan selepas pembedahan tu. Bubur yang da siap blend + sejuk tok2...pas tu, memang kena makan aiskrim vanila untuk elak luka dalam tu 'bleeding' lebih teruk. So far, ok lah..nak kata x sakit..memang tipu la..p rasanya lebih ok dari operation buang gigi bongsu awal tahun ri tu.


Muka happy boleh discharge..buat2 sihat n x sakit je ni...sebab nak cepat balik. Bosan kot dok hospital..huhuhuu..


Untuk op kali ni doktor bagi MC seminggu..pas tu kena follow up balik dengan doktor ENT.


Ni pulak bekalan ubat2an selama seminggu..diantaranya antibiotik, panadol, ubat tahan sakit...gargle...untuk kumuh. Yang peliknya doc lupa ke apa..nak bg ubat spray throat tu...untuk bagi kebas sebelum kita makan. Alhamdulillah, op berjalan dengan lancar...tanpa sebarang masalah. Luka pun rasanya dalam seminggu la yang betul2 sakit...pas tu, dapat spray throat tu...n gargle...masuk minggu kedua da ok dah...alhamdulillah..


Ni la keadaan dalam tekak selepas tonsil tu dibuang. Ana buang dua2 belah..kanan n kiri. Nampak geli kan? Tu la..kalau biar xtau la jadi apa...syukur alhamdulillah, ana da buang. Geli jangan tengok k...ni memang rare ana share. 













No comments:

Post a Comment